Latar Belakang Sekolah




LATAR BELAKANG SEKOLAH




SMK Bandar Damai Perdana ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Cheras, Hulu Langat, Selangor  Darul Ehsan. Sekolah ini mula beroperasi pada 02 Januari  2003 secara menumpang di SK Alam Damai, Kuala Lumpur.

           Bangunan sekolah ini mula dibina pada 27 Mac 2001 di atas tanah seluas 10.2 ekar dan mula digunakan pada 11 Mei 2003. Nama SMK Bandar Damai Perdana diberi bersempena dengan lokasinya iaitu di Bandar Damai Perdana. Terdapat 7 buah blok bangunan yang dinamakan  dengan Damai Abadi, Damai Budi, Damai Cekal, Damai  Perdana, Damai Ehsan, Damai Fitrah dan Damai Gigih. Di samping itu, terdapat sebuah kantin dan sebuah surau. Di blok–blok itulah terletaknya pejabat pentadbiran, bilik guru, bilik-bilik darjah, bilik mesyuarat, pusat sumber sekolah, makmal sains, makmal komputer, bengkel kemahiran hidup  dan bilik-bilik khas.

              Murid-murid  yang  memasuki sekolah ini  pada masa itu datang dari  SK Desa Baiduri seramai 267 orang.  Mereka menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2005, dan  peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2007.

                    Pengetua yang pertama ialah Puan Hajah Maimun binti Ahmad. Beliau dibantu oleh En Manian a/l  Ramasamy  (PK 1),   Pn. Umi Kalthom binti Lope Salleh (PK HEM)  dan En. Md Yusop bin Hamid (PK Kokurikulum) serta 16 orang guru .