06 September 2015

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-13

SUKANTARA

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-13

TARIKH  : 8 OGOS 2015
TEMPAT : PADANG SEKOLAH SMK BDP
MASA     : 7.30 – 12.30  tengah hari


OBJEKTIF :
·         Mengenal pasti dan mencungkil bakat pelajar dalam semua acara agar dapat diketengahkan ke peringkat daerah atau  negeri
·         Melahirkan  individu yang  mempunyai semangat kesukanan yang tinggi serta, bekerjasama dan bertanggungjawab
·         Merapatkan hubungan silaturahim antara guru-guru SMK BDP dengan ibu bapa


Kejohanan kali ini telah berjaya  dilaksanakan dengan penuh semangat kesukanan. Semua warga sekolah  telah  memberikan  komitmen yang tinggi dalam kejohanan olah raga yang telah menjadi acara rasmi sekolah pada setiap tahun. Hari sukan tahun ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga SMK Bandar Damai Perdana termasuk juga  daripada kalangan  ibubapa. Kejohanan kali ke-13 ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En Noor Azli Bin Abd Rahman, Penolong Pengarah Kanan Bidang Sukan  JPNS.
                                                                                                                           
Acara pada hari itu dimulakan dengan acara senamrobik yang disertai oleh semua guru, pelajar dan juga tetamu yang hadir. Acara diteruskan dengan  perarakan perbarisan dan  lintas hormat dari setiap rumah sukan yang disertai oleh pelajar tingkatan satu dan dua dan diketuai oleh setiap ketua rumah sukan. Seterusnya, para hadirin yang hadir diminta berdiri bagi menghormati nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa. Gimik perasmian semakin meriah apabila Tetamu Kehormat diiringi Tuan Pengetua masuk ke padang untukmelakukan pemeriksaan pembarisan rumah sukan. Perasmian diteruskan dengan penuh gemilangnya apabila sekumpulan motosikal yang ketuai oleh Muhammad Syahmi Bin Shahril masuk ke padang sambil mengibarkan  bendera Malaysia sebagai simbolik bersempena dengan bulan kemerdekaan.  Acara diteruskan dengan perarakan masuk bendera kejohanan dan bacaan ikrar kejohanan serta penyerahan bendera kejohanan.


Acara kejohanan bermula dengan  4x100m dan tarik tali kategori lelaki dan perempuan. Ketika waktu rehat, aktiviti sukaneka kategori terbuka yang disertai  ibu bapa dan  guru dijalankan. Pada acara akhir kejohanan  telah berlansungya acara 4x200m  kategori lelaki dan perempuan. Di penghujung majlis, acara penyampaian hadiah  telah dijalankan bagi pemenang-pemenang acara larian, pemenang olahragawan dan olahragawati sekolah serta pemenang bagi setiap rumah sukan yang mengumpul mata terbanyak.

Kejohanan kali ini telah membuktikan semangat kerjasama yang  jitu dalam kalangan warga SMKBDP dalam  menjayakan sesuatu  acara rasmi sekolah. Semoga semangat kerjasama ini berterusan bagi memastikan kejohanan dapat diadakan dengan lebih gemilang pada tahun akan datang.

Keputusan Rasmi Kejohanan:

OLAHRAGAWAN / OLAHRAGAWATI :

KATEGORI
OLAHRAGAWAN
OLAHRAGAWATI
L1/P1
Muhammad Syahmi B. Shahril (Shahbandar)
Nur Sabrina bt Rahiman (Shahbandar)
L2/P2
Muhammad Ariff Aiman B. Mohd Busri (Bentara)
Amirah Bashirah Bt Ahmad Deli (Shahbandar)
L3/P3
Muhammad Nazmi bin Basir (Shahbandar)
Nur Azila Binti Muhd Ali (Bentara)

PERBARISAN:

JOHAN
SHAHBANDAR
NAIB JOHAN
LAKSAMANA
KETIGA
TEMENGGUNG

KESELRUHAAN:

JOHAN
SHAHBANDAR
NAIB JOHAN
LAKSAMANA
KETIGA
TEMENGGUNG
KEEMPAT
BENDAHARA
KELIMA
BENTARA

GAMBAR KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-13 - KLIK SINI