This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions..

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions..

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions..

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions..

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions..

13 September 2015

HARI NILAM SEDAERAH, NILAM PERINGKAT SEKOLAH & KARNIVAL PSS

TARIKH         : 30 April 2015
HARI              : Khamis
MASA            : 7.20 pagi – 8.05 pagi
TEMPAT        : Tapak Perhimpunan SMK Bandar Damai Perdana



OBJEKTIF     :
Bagi menyahut cadangan pihak PPD, SMK Bandar Damai Perdana telah menyediakan beberapa aktivit yang selaras dengan Hari Nilam Sedaerah dan Karnival PSS.
Dengan kerjasama Jawantankuasa Pusat Sumber, Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bercadang mengadakan aktiviti-aktiviti yang dijadualkan bagi mencapai objektif-objektif berikut:

1.      Memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris
2.      Menggalakkan murid membaca dan mencatat bagi program NILAM
3.       Melahirkan tokoh NILAM yang kreatif, inovatif dan bermaklumat


Program NILAM merupakan aktiviti galakan membaca yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di Peringkat Sekolah. Pada 30 April yang lalu, SMK Bandar Damai Perdana juga tidak ketinggalan mengadakan Hari NILAM Sedaerah, NILAM Peringkat Sekolah dan juga Karnival PSS. Semua aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar



08 September 2015

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM AEROBIKTHON PPDHL PERINGKAT SEKOLAH

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM AEROBIKTHON PPDHL PERINGKAT SEKOLAH


TARIKH         : 21 Ogos 2015
HARI              : Jumaat
MASA            : 7:30 pagi hingga 8:05 pagi
TEMPAT        : Tapak Perhimpunan SMK Bandar Damai Perdana
OBJEKTIF     :
·         Meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan individu untuk bersukan khususnya aerobik.
·         Menampung perbelanjaan kelengkapan prasarana sukan sekolah.
·         Serana sekolah mengeratkan lagi kerjasama antara pihak sekolah, ibubapa dan masyarakat tempatan.

Sepanjang majlis perlancaran ini, terdapat baberapa persembahan yang disediakan oleh para pelajar dan guru antaranya ialah sketsa “Anakku Sazali” yang dipersembahkan oleh pelajar tingkatan lima. Majlis perlancaran ini dirasmikan oleh Pengetua SMK Bandar Damai Perdana, Datin Norliza dan majlis berjalan dengan lancar.


07 September 2015

SAMBUTAN KEMERDEKAAN



Sambutan bulan kemerdekaan merupakan satu program yang dirancang khusus untuk memberikan kesedaran dalam kalangan warga SMKBDP tentang liku-liku dan sejarah negara dalam mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah. Program ini merupakan satu langkah untuk melahirkan warga negara yang patriotik dan mempunyai jati diri yang kukuh. Bulan kemerdekaan yang diraikan selama sebulan bermula dari 16 Ogos sehingga 16 September setiap tahun diharapkan akan menjadi ingatan dan seterusnya dihayati dalam kalangan generasi masa hadapan.

OBJEKTIF:
  • ·  Melahirkan modal insan masa hadapan yang mempunyai jati diri serta semangat patriotik yang tinggi
  • ·  Melahirkan murid yang mampu untuk menjadi pemimpin dan menghargai jasa-jasa pemimpin terdahulu
  • ·  Menjadikan amalan untuk menyambut hari kemerdekaan kepada generasi muda
  • ·  Menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah




06 September 2015

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-13

SUKANTARA

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-13

TARIKH  : 8 OGOS 2015
TEMPAT : PADANG SEKOLAH SMK BDP
MASA     : 7.30 – 12.30  tengah hari