07 September 2015

SAMBUTAN KEMERDEKAAN



Sambutan bulan kemerdekaan merupakan satu program yang dirancang khusus untuk memberikan kesedaran dalam kalangan warga SMKBDP tentang liku-liku dan sejarah negara dalam mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah. Program ini merupakan satu langkah untuk melahirkan warga negara yang patriotik dan mempunyai jati diri yang kukuh. Bulan kemerdekaan yang diraikan selama sebulan bermula dari 16 Ogos sehingga 16 September setiap tahun diharapkan akan menjadi ingatan dan seterusnya dihayati dalam kalangan generasi masa hadapan.

OBJEKTIF:
  • ·  Melahirkan modal insan masa hadapan yang mempunyai jati diri serta semangat patriotik yang tinggi
  • ·  Melahirkan murid yang mampu untuk menjadi pemimpin dan menghargai jasa-jasa pemimpin terdahulu
  • ·  Menjadikan amalan untuk menyambut hari kemerdekaan kepada generasi muda
  • ·  Menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah